RSS

23 January 2010

Pengenalan Organisasi

Pihak Pengurusan:

Unit Pembangunan Insan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), IPG Kampus Ipoh



Objektif:
  • Membentuk sahsiah dan akhlak yang mulia berlandaskan akidah yang mantap.
  • Membudayakan amalan hidup Islam.
  • Memupuk sifat mahmudah dalam diri.
  • Membaca al-Qur'an secara bertajwid dan boleh memahami sebahagian dari kandungan al-Qur'an.
  • Membiasakan diri melakukan amalan-amalan sunat.
  • Menghindarkan diri daripada terpengaruh dengan perkara negatif dan maksiat.



Sasaran:
Semua penghuni kolej kediaman unit baru PPISMP (Semester 1 dan 2).



Pelaksanaan Study Circle:

  • Diadakan setiap minggu sekali dan dikendalikan oleh fasilitator dan pensyarah pembimbing.
  • Menggunakan bahan perbincangan yang disediakan.
  • Bahan perbincangan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada ahli seminggu lebih awal bagi memudahkan perbincangan.
  • Setiap ahli dikehendaki mencatat isi perbincangan.
  • Setiap kali sesi hendaklah diakhiri dengan kesimpulan atau rumusan.
  • Masa dan tempat pertemuan antara pensyarah pembimbing, fasilitator dan ahli adalah bebas mengikut kesesuaian.
  • Kedatangan ahli dan aktiviti setiap kali pertemuan hendaklah direkodkan dan disimpan dengan baik.
  • Amalan refleksi terhadap amalan harian dan mingguan serta nilai-nilai murni hendaklah ditekankan setiap kali pertemuan.
  • Tamrin (Malam Bertema) akan diadakan setiap bulan dan dikendalikan oleh barisan fasilitator dengan dibantu oleh pensyarah pembimbing.



Rumusan:

Program "Study Circle" ini hendaklah dijalankan secara profesional, kolekstif dan bijaksana. Setiap individu dalam program ini perlu merasa tanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang diberi agar kita bukan sekadar menjadi "muallim" tetapi "muaddib" dan "murabbi". Justeru, keberkesanan usaha murni ini menuntut komitmen dan sokongan dari semua pihak yang berperanan secara positif dan proaktif. Semoga Allah s.w.t. memberikan kekuatan dan hidayah kepada kita semua dalam melaksanakan program ini. Kita juga berharap Allah .s.wt. memberi ganjaran dan keberkatan kepada kita bersama atas setiap kebajikan yang dilakukan.

No comments:

Post a Comment