RSS

22 January 2010

Selamat Datang ke blog rasmi Komuniti Study Circle IPG Ipoh! : )

Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan rahmat-Nya dan petunjuk-Nya dapat kami hasilkan sebuah blog rasmi Komuniti Study Circle, IPG Kampus Ipoh.

AJK telah bermesyuarat dan sebulat suara bersetuju untuk menghasilkan blog rasmi sebagai menyahut cabaran teknologi masa kini pada mesyuarat terakhir AJK KSC pada penghujung tahun 2009 yang lalu.

Namun, pelbagai rintangan dan dugaan yang kami (AJK KSC) hadapi dalam merealisasikan keputusan itu (menghasilkan blog rasmi) seperti rangkaian Internet kampus yang 'sekejap-ada-sekejap-tarak' (alasan je tu), kesibukan menelaah pelajaran (walau pun cuti sekolah) selain kesibukan dalam merencanakan gerak kerja Biro Agama dan Kerohanian pada tahun 2010 dan tugasan-tugasan sebagai manusia normal yang lain. Pendek kata, memang kami agak sibuk!

Kesempatan yang Allah s.w.t. berikan ini diharap oleh kami dapat digunakan sepenuhnya oleh pihak kami.

Hmm...blog ini bersifat santai dan meraikan semua pihak. Saya, Pengaturcara Blog mengharapkan segala kritikan dan panduan yang berguna dalam menambah baikan kandungan dan pengurusan blog ini.

Akhir kata, semoga Allah menerima segala amalan kecil yang kami lakukan ini.

Pengaturcara

No comments:

Post a Comment